KUALA LUMPUR: Ketibaan tahun baharu 2023 disambut sederhana di seluruh negara setelah kerajaan memutuskan tiada sambutan rasmi diadakan susulan keadaan banjir yang melanda Pantai Timur sebelum ini dan kesusahan yang dihadapi rakyat ketika ini.
Tinjauan Bernama mendapati Dataran Merdeka yang sebelum ini sering menjadi tumpuan orang ramai untuk menyambut tahun baharu sunyi setelah ditutup dan dikawal oleh pihak berkuasa susulan pembatalan sambutannya seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Bagaimanapun beberapa lokasi lain di ibu negara seperti di pekarangan Suria KLCC dan Tasik Titiwangsa masih dikunjungi orang ramai yang mengambil peluang meluang masa bersama keluarga dan rakan-rakan, sempena cuti panjang hujung minggu.
Bagi seorang kakitangan swasta Khairul Khuzaimie Mohd Shahrin, 33, keputusan kerajaan membatalkan sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 adalah langkah tepat memandangkan negara berhadapan beberapa tragedi besar sebelum ini termasuk tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.
"Agak kurang manis kalau kita sambut secara besar-besaran. Bagi saya sambut dengan beriadah bersama keluarga itu lebih baik. Lagipun, sesi persekolahan anak-anak juga hampir bermula," katanya ketika ditemui Bernama di pekarangan Suria KLCC malam tadi.
Sementara itu di KELANTAN, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob bersama lebih 1,000 orang hadir pada program 'Malam Untukmu Kelantan' di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV yang bermula pukul 7 malam tadi.
Program dimulai dengan solat Maghrib berjemaah, solat sunat hajat, zikir munajat dan bual bicara bertajuk 'Kelantan Sejahtera' bersama Ahli Parlimen Bachok Mohd Syahir Che Sulaiman dan Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari serta selebriti tanah air iaitu Sabri Yunus.
Di TERENGGANU, sambutan ambang tahun baharu diisi dengan program berbentuk Islamik dan sesi kerohanian melibatkan kehadiran ratusan rakyat pelbagai peringkat umur.
Sambutan yang diadakan di Masjid Jamek Pengadang Baru dekat sini, dimulakan dengan solat Maghrib, diikuti solat Isyak serta solat hajat berjemaah yang disertai kira-kira 700 jemaah bagi memohon supaya dijauhkan daripada sebarang musibah dan bencana.
Pada majlis itu kutipan sumbangan untuk kira-kira 10,000 keluarga mangsa banjir yang kehilangan harta benda akibat bencana itu baru-baru ini, turut dilancarkan.
Di KEDAH, orang ramai meluangkan masa bersama keluarga dan rakan menyaksikan himpunan kira-kira 150 kenderaan berat termasuk lori dan jentera pengaut yang dipamerkan di Dataran Stadium Mini Pendang anjuran Persatuan Pilot Darat Pendang, berikutan tiada sambutan rasmi diadakan.
Di PULAU PINANG, Masjid Abdullah Fahim di Seberang Perai Utara menganjurkan Karnival Ambang Tahun Baru 2023 dengan diisi pelbagai aktiviti keagamaan, sukan dan kemasyarakatan sejak 7.30 pagi tadi hingga tengah malam tadi.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah program kerohanian dengan penceramah jemputan, derma darah, pemeriksaan gigi percuma, Fun Ride dan Fun Walk.
Di PERAK khasnya di Ipoh, orang ramai lebih tertumpu kepada program Starvendors Foodstival #travelperaklah 2022 di pekarangan Stadium Indera Mulia sejak petang tadi dan pelancaran Tahun Melawat Ipoh yang disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, malam tadi.
Program diadakan dengan kerjasama strategik antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Tourism Perak, Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STEP) bersama Star Vendors Event Sdn Bhd sebagai simbol komitmen kerajaan negeri memajukan lagi Bandaraya Ipoh sekali gus, menjadi lokasi pilihan pengunjung.
Sementara itu di SELANGOR, sambutan ambang tahun baharu digantikan dengan program kerohanian sebagai tanda menghormati mangsa terlibat dalam kejadian banjir di Pantai Timur dan insiden tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor.
Tinjauan Bernama mendapati lebih 1,000 jemaah turut hadir ke program Kuliah Maghrib Khas Menjelang Tahun 2023 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, di sini, pada Sabtu termasuk Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Di NEGERI SEMBILAN, kira-kira 300 orang hadir bagi memeriahkan program 'Santai Tahun Baharu Anak Muda Bersama Menteri Besar' dengan pelbagai pengisian rohani termasuk ceramah oleh Imam Muda Asyraf dan solat sunat di Masjid Dato' Klana Petra Mohd Yusof, Seremban yang bermula pukul 8.30 malam tadi hingga 7 pagi esok.
Di JOHOR, sambutan di beberapa kawasan di negeri ini diadakan secara sederhana dengan pelbagai program keagamaan seperti marhaban, qasidah, zikir dan nyanyian nasyid.
Tinjauan Bernama pada program 'Iskandar Puteri Berselawat' anjuran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) di dewan MBIP, Iskandar Puteri mendapati lebih 700 orang hadir bagi menyertai program itu pada malam tadi.
Bagi negeri SARAWAK pula, sambutan ambang 2023 yang diadakan di Stadium Perpaduan diraikan sederhana dengan pelbagai pengisian bertemakan 'Let's Celebrate Together'. Turut hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta barisan Kabinet negeri.
Kerajaan Sarawak sebelum ini membuat keputusan mengecilkan skala sambutan ambang 2023 dengan menukar lokasi sambutan daripada Tebingan Sungai Sarawak ke Stadium Perpaduan setelah mengambil kira situasi negara yang berdepan bencana banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 31 2022
Pekarangan Suria KLCC dikunjungi orang ramai yang mengambil peluang meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sempena cuti panjang hujung minggu dan sempena Tahun Baru. -Gambar fail/Bernama
AWANI-RareTV: Negara paling aman terletak di 'hujung' dunia
"Kamu sekarang berada di kampung Iceland, tiada jenayah di sini dan anda tidak perlu kunci."
Kementerian Perpaduan Negara pertimbang naik taraf kuil berusia lebih 100 tahun
Kuil Sri Maha Mariamam yang terletak di Ladang Kerilla, Tanah Merah itu dikunjungi penganut agama Hindu dari seluruh negara setiap hujung minggu.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Rakyat Israel gesa Netanyahu terima perjanjian yang dicadang Biden
Mereka menggesa Netanyahu menyokong perkara yang pada awalnya dicadangkan Israel dan diumumkan oleh Biden secara terbuka itu.
AWANI Ringkas: Bekas Datuk Bandar di Johor ditahan SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Real Madrid raja bola sepak Eropah
Real Madrid berdepan tentangan sengit Borussia Dortmund sebelum dua gol penghujung separuh masa kedua sentuhan Dani Carvajal dan Vinicius Junior.
Menteri Israel ancam jatuhkan kerajaan jika setuju gencatan senjata
Kedua-dua menteri juga tidak membenarkan perang ditamatkan tanpa penghapusan sepenuhnya Hamas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [2 Jun 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry;
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Tidak yakin lulus, masalah kesihatan antara faktor jumlah calon tidak duduki SPM meningkat
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Angkasawan bersedia untuk penerbangan pertama Starliner
CST-100 Starliner dengan dua orang angkasawan dijangka berlepas pada jam 12:25 tengah hari dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida.
Ringgit dijangka kekal dalam julat kecil berbanding dolar AS
Ringgit mungkin terus diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS minggu depan dengan tumpuan kepada mesyuarat FOMC dan data ekonomi AS.
Dunia sambut ketibaan 2023 dengan pertunjukan bunga api, cahaya
Penduduk di seluruh dunia berpusu-pusu ke dataran dan pusat hiburan ketika dunia memasuki tahun 2023 pada Sabtu, menurut Agensi Anadolu.
2023: Sultan Selangor, Tengku Permaisuri titah masyarakat ketepi fahaman politik
Baginda bertitah supaya usaha itu dilaksanakan dalam mengatasi segala permasalahan dan cabaran yang sedang didepani oleh negara yang disayangi.
Kerajaan tekad kembalikan wang negara yang dicuri - PM Anwar
Kerajaan bertekad untuk cuba mengembalikan sebahagian wang negara yang telah dicuri akibat perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab dan terpalit dengan gejala rasuah.
Orang ramai dijemput meriahkan Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turut hadir memeriahkan acara.